BRIGED Sukarelawan NSTP-Media Prima bersama anggota bomba serta sukarelawan daripada badan bukan kerajaan (NGO) di Kota Belud, Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Kudat melakukan gotong-royong di Kampung Sembirai, Kota Belud. FOTO Mohd Nasllie Zainul

Mohd Nazllie Zainul

SEKURANG-KURANGNYA 200 keluarga mangsa banjir di Kota Belud menerima bantuan pelbagai barang keperluan dan makanan, hari ini.

Mereka menerima bantuan bernilai kira-kira RM40,000 itu menerusi Tabung Bencana New Straits Times Press (NSTP) Berhad-Media Prima.

Sumbangan disampaikan Staff Correspondent News Straits Times (NST), Sabah Kristy Inus, bersama sembilan Briged Sukarelawan NSTP-Media Prima, NSTP kepada Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), Peter Jiton.

STAFF Staff Correspondent Sabah, Kristy Inus (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan mangsa banjir Kota Belud kepada Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), Peter Jiton (enam dari kanan) di sisi Briged Sukarelawan NSTP-Media di Kota Belud. FOTO Mohd Nazllie Zainul

Briged Sukarelawan NSTP-Media Prima turut melakukan aktiviti gotong royong di Kampung Sembirai dan Kampung Linau bersama 200 sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daerah Kota Belud, Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Kudat.

“Kita turut mendapat kerjasama Giant bagi menjayakan misi bantuan ini,” katanya.

Sementara itu, Peter berkata, pihaknya berterima kasih kepada Media Prima atas sumbangan yang diberikan kepada mangsa banjir di daerah ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Oktober 2017 @ 3:08 PM