SEBUAH jet pejuang Sukhoi ketika menjalani latihan ketenteraan. FOTO AFP
SEBUAH jet pejuang Sukhoi ketika menjalani latihan ketenteraan. FOTO AFP
AFP

KIEV: Dua juruterbang Ukraine maut, semalam, selepas sebuah jet pejuang Sukhoi terhempas, ketika latihan ketenteraan dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) lain.

“Sebuah pesawat Sukhoi-27 terhempas kira-kira jam 5.00 petang waktu tempatan, ketika latihan penerbangan. Mayat dua juruterbang ditemui,” kata Staf Jeneral tentera Ukraine, menerusi laman Facebook.

Menurut kenyataan itu, keadaan nahas masih disiasat.

Pada 8 Oktober lalu, Ukraine memulakan beberapa latihan tentera udara besar-besaran dinamakan ‘Clear Sky 2018’ dengan AS dan beberapa negara NATO lain.

Latihan itu berjalan sehingga Jumaat ini dengan jet pejuang dan pesawat pengangkut AS lain melakukan latihan bersama 30 pesawat Ukraine.

Staf Jeneral berkata, kemalangan itu berlaku di kawasan antara Khmilnyk dan Berdychiv.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Oktober 2018 @ 2:00 AM