NUR Zulaikha
NUR Zulaikha
HM Digital

Kota Bharu: Kehilangan bakal pengantin sejak Jumaat lalu masih menjadi tanda tanya susulan tidak mempunyai petunjuk kukuh.

Nur Zulaikha Abdul Hamid, 20, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Geting, jam 9 pagi, Jumaat lalu.

Dia sebelum itu dikatakan ke pasar pagi di pekan Geting, Tumpat untuk mencari barang keperluan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, pihaknya masih lagi melakukan siasatan berikutan kehilangan itu diklasifikasikan sebegai kes orang hilang.

“Petang tadi (semalam) keluarga menyerahkan telefon bimbit milik mangsa untuk siasatan lanjut.

“Belum ada apa-apa perkembangan positif lagi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 5:35 AM