Shukry,    Sheikh Nizam  (kiri) dan Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid (kanan) menunjukkan buku resolusi bertajuk Research Papers and Resolution of the 1st Bank Rakyat International Shariah Scholars Roundtable.
Shukry, Sheikh Nizam (kiri) dan Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid (kanan) menunjukkan buku resolusi bertajuk Research Papers and Resolution of the 1st Bank Rakyat International Shariah Scholars Roundtable.
HM Digital

Sepang: Inisiatif wakaf dikenal pasti sebagai komponen utama yang boleh menangani isu kemiskinan serta memakmurkan masyarakat Islam di negara ini.

Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, dari sudut ekonomi, wakaf dilihat berfungsi menyalurkan dana daripada sumber kewangan tertentu sebelum dilaburkan kembali kepada aset produktif yang kemudian menjana pendapatan untuk manfaat kepada individu dan masyarakat.

“Masyarakat juga perlu diberi pendedahan sewajarnya mengenai konsep sebenar wakaf serta peranannya dalam pembangunan sosio ekonomi dalam sesebuah negara.

“Antara perkara yang boleh dilakukan bagi menggalakkan wakaf adalah menyalurkan sumber kewangan bagi membeli peralatan dan mesin pertanian yang mampu memberi manfaat kepada petani miskin dan tidak berkemampuan,” katanya selepas menyempurnakan Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) 2017, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi iSHAR Sheikh Nizam Yaqubi.

Persidangan berkenaan dihadiri 30 cendekiawan tempatan dan luar negara termasuk Turki, Mesir, Bahrain, Kuwait, Syria, Jordan, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

iSHAR yang memasuki tahun kedua penganjuran membincangkan isu berkaitan wakaf dan peranan institusi kewangan Islam dalam membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat Islam sedunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Oktober 2017 @ 5:18 AM