Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Laporan buku mengenai penganiayaan terhadap umat Islam di Myanmar oleh Rangkaian Hak Asasi Manusia Burma (BHRN) akan dikongsikan bersama jaringan badan kemanusiaan di beberapa negara seperti Thailand, Indonesia dan London bagi merangka strategi menangani isu etnik Rohingya semakin teruk ditindas kerajaan Myanmar.

Pengarah Eksekutif BHRN, Kyaw Win berkata, dunia perlu diberi perincian tentang kezaliman sangat besar yang terus berlaku terhadap umat Islam etnik Rohingya yang akan berlarutan untuk tempoh lebih lama tanpa adanya tindakan segera menghentikannya.

Menurutnya, kajian laporan antara Mac 2016 hingga Januari lalu jelas membuktikan kerajaan Myanmar bersama kumpulan ekstremis Buddha menjalankan penghapusan sistematik terhadap komuniti Muslim di negara itu, selain melalui perundangan berat sebelah.

“Ini fenomena penganiayaan yang bersifat antimuslim kerana walaupun mempunyai nama, warna kulit, penampilan dan budaya yang sama, mengapa etnik Rohingya saja yang menjadi sasaran?

“Sebabnya mereka ini Islam,” katanya selepas melancarkan laporan buku itu di Institut Kajian Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia di sini, semalam.

Hadir sama Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 September 2017 @ 6:43 AM
SETIAUSAHA Agong Humaniti Malaysia, Ahmad Tarmizi Mukhtar (kiri), Pengarah Eksekutif Burma Human Rights Network (BHRN), Kyaw Win (dua kiri), Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid (dua kanan), Pengarah Antarabangsa Geutanyoe Foundation, Liliane Fan melihat buku laporan BHRN.