Mustafar memeriksa PATI yang ditahan di Taman Aur Jaya, Taiping, 11 September lalu. FOTO Nor Raidah Awang (Gambar fail)
Mustafar memeriksa PATI yang ditahan di Taman Aur Jaya, Taiping, 11 September lalu. FOTO Nor Raidah Awang (Gambar fail)
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


SERAMAI 38,880 pendatang asing tanpa izin(PATI) sudah diusir keluar dari negara ini atas pelbagai kesalahan dari awal Januari lalu hingga kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali berkata, tindakan itu diambil selepas operasi berterusan melalui Ops Mega yang dijalankan di seluruh negara.

Beliau berkata, aktiviti penguatkuasaan dijalankan tanpa henti dan sehingga kini sebanyak 90 majikan sudah didakwa kerana menggaji PATI.

"PATI dari Indonesia adalah paling ramai diusir keluar diikuti Bangladesh, Myanmar dan Nepal yang bekerja di sektor pembinaan fan perkhidmatan di negara ini.

"Sejak program Enforcement Kad (e-Kad) ditamatkan 30 Jun lalu sebanyk 13,000 tangkapan sudah dilakukan dan mereka kini didalam proses pendakwaan,"katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang media selepas melancarkan Majlis Penutupan Dialog dan Seminar Isu-Isu Semasa Imigresen dan Pekerja Asing di Kompleks Kastam Kuala Lumpur,disini, hari ini.

Sementara itu mengulas berhubung sistem pembaharuan pasport yang tergendala sehingga tiga jam pada hari ini, Mustafar berkata masalah berkenaan disebabkan terjadi akibat kegagalan sistem itu sendiri.

"Sistem ini sudah diwarisi sejak 20 tahun lalu dan JIM kini dalam proses untuk menaiktaraf sistem berkenaan.

"Kita minta orang ramai bersabar jika terjadi masalah sedemikia kerana pegawai JIM sudah berusaha sebaik mungkin untuk memberikan perkhidmatan terbaik,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2017 @ 9:53 PM