Pelarian Rohingya membawa anak mereka melintas sempadan di Sungai Naf, Teknaf, Bangladesh, semalam. FOTO Reuters
Pelarian Rohingya membawa anak mereka melintas sempadan di Sungai Naf, Teknaf, Bangladesh, semalam. FOTO Reuters
Yusmizal Dolah Aling


PERTUBUHAN Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) bersedia bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan di negara ini untuk menghulurkan bantuan kepada etnik Rohingya di Bangladesh dan Myanmar.

Presidennya, Datuk Abdul Halim Ali berkata, setakat ini, beliau sudah berhubung dengan gabungan NGO untuk bersama-sama memberi bantuan khususnya daripada lebih 200,000 ahli PERMAS di seluruh negara.

Katanya, PERMAS berpengalaman ketika flotila kemanusiaan ke Myanmar awal tahun ini, dan ia sedikit sebanyak membantu pihaknya melihat ruang untuk memberi bantuan.

"Buat masa ini, kita akan berkongsi kesedaran mengenai penindasan etnik Rohingya di dalam semua aktiviti PERMAS termasuk Siri Jelajah Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia di Sabah minggu depan supaya masyarakat tahu apa yang berlaku.

"PERMAS juga bersetuju dengan saranan beberapa pihak supaya sekatan ekonomi diadakan dalam usaha memberi pengajaran kepada Myanmar supaya menghentikan serta merta operasi ketenteraan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2017 @ 2:39 PM