Fardy Bungga


AKIBAT salah faham selepas didakwa menjual alat ganti enjin sangkut milik pelanggan, seorang mekanik berusia 31 tahun nyaris maut selepas ditetak menggunakan parang sepanjang 30 sentimeter di Kampung Bangau-Bangau, Semporna, semalam

Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa parah dengan kesan luka lebih 12 sentimeter di kepala dan leher akibat ditetak suspek berusia 62 tahun.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Peter Umbuas berkata, siasatan awal mendapati suspek pernah menghantar enjin untuk dibaiki namun suspek mendakwa beberapa peralatan enjin miliknya dijual suspek.

Katanya, mangsa yang mengalami pendarahan serius dihantar ke Hospital Semporna oleh rakannya sebelum dirujuk ke Hospital Tawau untuk tindakan selanjutnya.

"Suspek berjaya ditahan sejurus selepas kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,"katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2017 @ 6:03 PM