BERNAMA

Semporna: Polis sedang mencari seorang lelaki dikenali sebagai Jakaria Abu Bakar atau Lakan, 50, bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita di Kampung Pinggir Bakau di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata wanita itu yang cedera parah akibat ditetak dengan pedang samurai disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.

Katanya dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, Norminah Bollok, 38, ditetak di lengan dan pergelangan kedua-dua tangan manakala bahagian rusuk kanan dan kiri ditikam sebanyak tiga kali dengan pedang sepanjang 72 sentimeter itu.

"Suspek melarikan diri dan membuang pedang samurai tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 7:05 PM