ROSLI Sabran bersama penduduk melakukan ibadah korban di kampungnya di Sungai Besar, Selangor. IHSAN Rosli
ROSLI Sabran bersama penduduk melakukan ibadah korban di kampungnya di Sungai Besar, Selangor. IHSAN Rosli
Raja Noraina Raja Rahim


AIDILADHA tahun lalu dia pernah ditendang lembu sehingga cedera kaki kanan namun Rosli Sabran tidak serik untuk bergotong-royong melaksanakan ibadah korban tahun ini.

Menurutnya, kejadian lembu korban menendang kakinya masih segar dalam ingatan.

"Walaupun kejadian itu menyebabkan saya terlantar tiga dan kaki disimen 37 hari selain cuti sakit tujuh bulan, saya tidak takut untuk melakukan ibadah ini.

“Saya sudah biasa menumbangkan lembu sejak sekolah lagi dan kerap diberi tanggungjawab mengikat lembu kerana berpengalaman melakukannya.

“Kejadian lalu adalah takdir Allah SWT dan saya reda," katanya dihubungi, hari ini.

Rosli, 38, berkata, dia masih aktif dalam kerja penyembelihan pada hari pertama dan kedua Aidiladha namun kali ini dilakukan dengan lebih berhati-hati.

Portal berita Harian Metro, 12 September 2016, melaporkan Rosli patah kaki kanan akibat ditendang lembu yang agresif ketika mahu menyembelih haiwan itu untuk dikorbankan di Surau Al-Azim, Taman Senangin, Senawang, pada 10.30 pagi.

Berita berkaitan

Patah kaki ditendang lembu korban

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2017 @ 7:19 PM