Jadual cadangan masa perjalanan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1).
Jadual cadangan masa perjalanan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1).
hmetro.com.my

ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna merancang perjalanan pulang ke pantai timur sempena cuti Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha.

Menurut kenyataan Anih yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini, Pengarah Eksekutifnya, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein, berkata TTA itu bagi membantu menyuraikan trafik dan mengurangkan kenderaan bertembung pada masa yang sama di plaza tol, khususnya Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak hingga menyebabkan kesesakan.

“Sempena cuti Merdeka dan Aidiladha, kita menyarankan pengguna dari Lembah Klang menuju ke Pahang pada 30 dan 31 Ogos 2017, memilih sama ada memasuki KLK dan LPT 1 antara 12 tengah hari hingga 3 petang atau antara 7 malam hingga 11 malam.

“Pengguna yang mahu ke Terengganu dan Kelantan pada tarikh yang sama, boleh memulakan perjalanan antara jam 6 pagi hingga 11 pagi atau 5 petang hingga 8 malam,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 6:14 PM