Tertuduh seorang warga emas berumur 72 tahun diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mengaku tidak bersalah. FOTO Rasul Azli Samad
Tertuduh seorang warga emas berumur 72 tahun diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mengaku tidak bersalah. FOTO Rasul Azli Samad
Salman Hamat

 

WARGA emas 72 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat anak saudara perempuannya berusia lima tahun ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah selepas faham pertuduhan terhadapnya yang dibaca di hadapan Hakim Norma Ismail.

Dia dituduh melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap kanak-kanak perempuan berkenaan di tempat letak kereta Stadium Tun Fatimah, Banda Hilir, antara hujung bulan lalu dan awal bulan ini.

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh diberi amaran supaya tidak mengganggu mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2017 @ 6:57 PM