DIDI Muliadi dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun atas kesalahan meliwat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
DIDI Muliadi dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun atas kesalahan meliwat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
Zatul Iffah Zolkiply


LELAKI dipenjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dekat sini, hari ini selepas didapati bersalah meliwat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas tertuduh, Didi Muliadi Nasution Nandong, 21, dari Marang mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan perhubungan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas mangsa tanpa kerelaannya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah masjid di Bukit Payung, Marang, jam 6.45 petang pada 27 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Ramlan Taib.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2017 @ 4:38 PM