Thila (kiri), Abdul Rahman dan Phua menunjukkan poster pameran MATTA bersama maskot Legoland pada sidang media di Wisma MATTA hari ini. FOTO Shawal Azani
Thila (kiri), Abdul Rahman dan Phua menunjukkan poster pameran MATTA bersama maskot Legoland pada sidang media di Wisma MATTA hari ini. FOTO Shawal Azani
Rizanizam Abdul Hamid


SEMPENA ulang tahun kelima pada 15 September ini, Legoland Malaysia Resort menawarkan diskaun tiket sehingga 50 peratus selain hotel sebanyak 30 peratus.

Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Thila Munusamy berkata, tawaran itu bagaimanapun hanya terhad kepada pengunjung Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 8 September ini.

Menurutnya, pengunjung terawal pameran yang bakal berlangsung selama tiga hari itu layak mendapat tawaran pas tahunan taman tema pada harga RM195 berbanding harga asal RM395 iaitu diskaun lebih 50 peratus.

"Manakala bagi pas harian, kami memberikan diskaun sehingga 40 peratus menjadikan harga tawaran adalah RM115 berbanding asal RM195 berdasarkan siapa cepat dia dapat.

"Selain itu, kita juga menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus untuk penginapan di hotel Legoland dan semua tawaran menarik ini hanya diberikan selama tiga hari pameran MATTA di PWTC pada 8 hingga 10 September ini," katanya pada sidang media di Wisma MATA hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MATTA, Phua Tai Neng dan Ahli Jawatankuasa Pengawasan Pameran MATTA September 2017 Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi.

Thila berkata, selain potongan harga, pada 15 September ini, seorang pengunjung bertuah taman tema itu berpeluang memenangi cabutan bertuah perdana bernilai lebih RM25,000 berupa empat tiket penerbangan sekeluarga ke Legoland Jepun, tanggungan penginapan dan makan minum.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 4:06 PM