Kuala Lumpur: Malaysia Airlines Berhad (MAB) menyediakan tawaran pelancongan dengan potongan 50 peratus ke atas tambang penerbangan bagi semua laluannya di Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2015 mulai semalam hingga 6 September ini.

Pengurus Kanan Jualan Serantau (Malaysia), Kathleen Leong berkata, potongan tambang penerbangan itu adalah bagi laluan domestik dan antarabangsa MAB dan bagi yang tidak dapat berkunjung ke Pameran MATTA, tawaran itu boleh didapati di laman web MAB sehingga 9 September ini.

“Promosi Pameran MATTA itu sah untuk penerbangan serta merta sehingga 31 Jun 2016. Tawaran penerbangan pergi-balik disediakan kepada pengunjung sepanjang tiga hari karnival di Pusat Dagangan Dunia Putra melalui ejen yang mengambil bahagian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:04 AM