ANGGOTA APM menunjukkan jambatan gantung yang runtuh di Kampung Botung Narinang, Kota Belud. FOTO ihsan APM
ANGGOTA APM menunjukkan jambatan gantung yang runtuh di Kampung Botung Narinang, Kota Belud. FOTO ihsan APM
Recqueal Raimi


DIANGGARKAN 250 penduduk Kampung Botung Narinang, Kota Belud terjejas apabila jambatan gantung yang menghubungkan laluan ke kampung berkenaan runtuh akibat dihanyut banjir, 4.15 petang semalam.

Berikutan kejadian itu, 20 penduduk dari Kampung Botung Narinang termasuk 10 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Narinang gagal kembali ke rumah masing-masing dan terpaksa bermalam di rumah saudara di kampung berkenaan untuk sementara waktu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Belud, Paulina Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk pada 4.24 petang dan segera mengerah sembilan anggota ke lokasi.

"Sebaik tiba, anggota APM mendapati jambatan gantung sepanjang 250 meter itu runtuh dan sebahagiannya hanyut dibawa arus sungai.

"Hari ini, anggota APM dan penduduk kampung bekerjasama mengadakan gotong-royong membersihkan laluan di kawasan hutan sejauh dua kilometer sebagai laluan alternatif," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017 @ 1:22 PM