ASMA (empat dari kanan) berbual  dengan peserta pada Majlis Konvensyen HMI Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 di Hotel Perdana, Kota Bharu, semalam.
ASMA (empat dari kanan) berbual dengan peserta pada Majlis Konvensyen HMI Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 di Hotel Perdana, Kota Bharu, semalam.
myMetro

Kota Bharu: Sehingga kini, 146 hospital awam seluruh negara melaksanakan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, inisiatif itu berlangsung sejak 2006, namun secara berperingkat dan diperkemaskan dengan penempatan pegawai agama.

Katanya, ketika ini, 60 pegawai JAKIM ditempatkan di 55 hospital pakar yang bertanggungjawab menerapkan budaya murni dan penerapan akhlak baik kepada kakitangan ketika menjalankan tugas.

“Matlamat HMI adalah untuk mencapai kesepaduan antara kecemerlangan perkhidmatan dan menjaga kesejahteraan pesakit menerusi penerapan nilai murni dan ibadat mengikut Islam.

“Bagaimanapun, hasil konsep ini bukan boleh dilihat cepat, sebaliknya mengambil masa lama kerana perlu menukar budaya dan cara pemikiran masyarakat.

“Kami usahakan ke arah itu dan kursus dengan pegawai agama membabitkan doktor dan jururawat diadakan bagi memantapkan lagi pelaksanaan HMI,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Terdahulu, beliau hadir Konvensyen HMI Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 yang dirasmikan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Asma Ismail.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Julai 2017 @ 9:52 AM