ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa. FOTO ihsan bomba
Kalidevi Mogan Kumarappa


SEORANG anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dipercayai lemas selepas bot yang dinaiki mangsa bersama sembilan rakan lain yang dalam perjalanan ke Pulau Pasir Putih, Empangan Semenyih untuk memancing terbalik dalam kejadian jam 11.48 malam, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, dalam kejadian itu, mangsa, Amer Nur Rashid Abdul Rashid, 28, bersama 10 rakan termasuk tiga anggota polis lain dan beberapa pemancing orang asli dalam perjalanan ke Pulau Pasir Putih, Empangan Semenyih untuk memancing.

Katanya, ketika itu bot yang dinaiki mangsa terbalik.

"Hasil operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, kami dapat menyelamatkan sembilan mangsa kira - kira jam 6.58 pagi tadi.

"Seorang lagi mangsa dipercayai lemas dan usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan, " katanya.

Amer bertugas di Cawangan Khas IPD Sepang dan berasal dari Kampung Bangau Parit, Temerloh, Pahang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2017 @ 11:28 AM