POLIS mencari Prakash (kiri) dan Yus Effendy bagi membantu siasatan kes samun kereta. FOTO ihsan Polis
POLIS mencari Prakash (kiri) dan Yus Effendy bagi membantu siasatan kes samun kereta. FOTO ihsan Polis
Mohd Hasbi Sidek


DUA lelaki kini diburu polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian samun kereta di Jalan Sentul, Sentul, 8 Jun lalu.

Mereka yang dikenali sebagai D Prakash, 31, dan Yus Efendy Yusop, 33, tinggal di kawasan Kuala Selangor dan Batu Caves.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya sudah menahan lapan individu bersabit kes berkenaan bulan lalu.

"Mereka dipercayai sindiket samun kereta. Pihak kami sedang mengesan dua lagi lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket ini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkannya ke Ibu Pejabat Daerah (Sentul), di talian 03-40482222 atau pegawai penyiasat Sarjan Mazlan Lolator di talian 018-273185," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2017 @ 6:56 PM