Lokasi mangsa ditetak menggunakan objek tajam selepas diserang sekumpulan lelaki di Desa Senadin, Miri. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Lokasi mangsa ditetak menggunakan objek tajam selepas diserang sekumpulan lelaki di Desa Senadin, Miri. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Mohd Rizal Abdullah


MEKANIK berusia 19 tahun ditemui mati selepas diserang sekumpulan lelaki menggunakan objek tajam dalam kejadian di kawasan perumahan Desa Senadin, Miri, malam tadi.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa, Fadrick Lucas mengalami kecederaan teruk dengan kesan tetakan di kepala dan badan selain jari kiri yang hampir putus.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian berpunca akibat pergaduhan dua kumpulan lelaki di kawasan berkenaan sebelum mangsa diserang sehingga mati.

Menurutnya, setakat ini, sembilan suspek sudah ditahan termasuk lima pelajar sekolah bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2017 @ 6:50 PM