JAIS Sarday (kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Projek Khoo Soon Lee (KSL) Development Sdn Bhd, Edison Siew Kum Seng (kiri) ketika melawat tapak pembinaan di Taman Mengkibol. FOTO Adnan Ibrahim
JAIS Sarday (kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Projek Khoo Soon Lee (KSL) Development Sdn Bhd, Edison Siew Kum Seng (kiri) ketika melawat tapak pembinaan di Taman Mengkibol. FOTO Adnan Ibrahim
Mohamad Fahd Rahmat


JAWATANKUASA Khas Penambahbaikan Pelepasan Kuota Unit Bumiputera Kerajaan Johor menetapkan 10 penambahbaikan baru bagi mengatasi kelemahan dalam isu perumahan untuk golongan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Jais Sarday berkata, perkara itu dipersetujui menerusi mesyuarat yang berlangsung pada 22 Mac lalu.

Beliau berkata, penambahbaikan itu diambil selepas mengumpul cadangan prosedur pengurusan Bumiputera sedia ada dan dijadikan panduan polisi baru Unit Bumiputera di Pejabat Setiausaha Kerajaan Perumahan.

"Antara cadangan penambahbaikan ialah tempoh permohonan pelepasan oleh pemaju mestilah 12 bulan daripada tarikh duti setem perjanjian tambahan (Supplementary Agreement) antara pemaju dan kerajaan negeri.

"Dasar sebelum ini ialah sembilan bulan dari tarikh permit jualan atau tarikh perjanjian ditandatangani.

“Permohonan pelepasan hanya boleh dibuat selepas kemajuan fizikal di tapak projek mencapai 70 peratus di mana sebelum ini kemajuan projek hanya 50 peratus," katanya selepas melawat projek perumahan KSL di Taman Mengkibol Kluang, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 6:00 PM