Anggota bomba  menyelamatkan pemandu  bas yang  terbabas.
Anggota bomba menyelamatkan pemandu bas yang terbabas.
myMetro

Lipis: Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar pelancong ke Taman Negara Pahang Merapoh cedera apabila bas dipandunya terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum terjatuh ke tebing jalan di Kilometer 21 Jalan Lipis-Merapoh, berhampiran Lebuhraya CSR Selborne, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi, mangsa, Mohammad Zulfadly Baharom, 23, yang berasal dari Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut, Negeri Sembilan cedera di paha kiri dan luka di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, mangsa dipercayai terlelap menyebabkan kenderaannya hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar penghadang sebelum terjatuh ke tebing jalan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tersepit dikeluarkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lipis.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mei 2017 @ 2:55 AM