PENDUDUK banjir kilat di Jalan P Ramlee. FOTO Danial Saad
PENDUDUK banjir kilat di Jalan P Ramlee. FOTO Danial Saad
Hadzlihady Hassan


HUJAN lebat hampir sejam menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya Georgetown, dilanda banjir kilat, hari ini.

Hujan bermula 11.30 pagi itu, membuatkan paras air naik dan antara kawasan terjejas ialah Jalan P Ramlee, Jalan Pahang, Jalan Langkawi, Kampung Dodol dan Tanjong Tokong.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), berkata pihaknya melakukan pemantauan dan bersiap sedia menghulurkan bantuan di kawasan yang dilanda banjir.

"Bagaimanapun, sehingga ini, tiada penduduk di kawasan yang dilanda banjir dipindahkan.

"Hujan juga sudah berhenti kira-kira jam 1 tengah hari. Air sudah mula surut," katannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mei 2017 @ 3:32 PM