PENDUDUK terjejas selepas air naik akibat hujan lebat hampir empat jam. FOTO Mohd Khidir Zakaria
PENDUDUK terjejas selepas air naik akibat hujan lebat hampir empat jam. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria


HUJAN lebat berterusan lebih empat jam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air di sekitar Port Dickson.

Antara kawasan yang terjejas ialah kawasan Lukut dan Bandar Springhill yang menyebabkan kesesakan teruk dikedua-dua arah jalan raya di kawasan Lukut.

Menurut penduduk Bandar Springhill, Murizan Mohamad, 43, dia terkejut apabila jalan di depan rumahnya sudah tenggelam ketika mahu keluar menghantar anaknya ke sekolah.

"Hujan lebat bermula awal pagi mungkin menyebabkan air melimpah dan depan rumah, jalan sudah dinaiki air hampir satu meter.

"Kawasan perumahan di sini ini pernah juga mengalami banjir kilat yang teruk tetapi tidak seteruk ini," katanya.

Tinjauan di sekitar Batu 6, Lukut, beberapa kenderaan tersangkut dalam banjir kilat menyebabkan kesesakan lalu lintas di dedua-dua arah.

Menurut seorang pengguna jalan raya, Abdul Fatah Zakaria berkata, dia terpaksa menggunakan lebuh raya untuk pergi ke bandar Pasir Panjang kerana jalan lama sudah ditenggelami air.

"Kawasan di Batu 6, jalan Seremban-Port Dickson jarang dinaiki air walaupun hujan lebat tetapi kali ini keadaan menjadi bertambah buruk kerana hujan masih tidak berhenti lebih empat jam," katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah dan Tanah Port Dickson, Khairy Maamor berkata, dia akan terus memantau kawasan yang teruk dilanda banjir kilat akibat hujan tidak berhenti sejak 6 pagi lagi dan pihaknya sedang mengumpulkan maklumat mereka yang terjejas.

Gambar

1. PORT DICKSON 13 JULY 2020 (.) Keadaan banjir kilat yang menyebabkan pengguna jalan raya di jalan Batu 6, Lukut tersekat selepas air naik akibat hujan lebat hampir empat jam di Batu 6, Seremban-Port Dickson hari ini. STR/MOHD KHIDIR ZAKARIA

TAMAT

#kw, banjir kilat, sekitar port dickson

From: Mohd Khidzir

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 11:07 AM