PENDUDUK  yang menyertai gotong-royong perdana mendengar ceramah pegawai AADK.
PENDUDUK yang menyertai gotong-royong perdana mendengar ceramah pegawai AADK.
Abu Bakar Al Sidek


Teluk lntan: Lapan puluh peratus pelajar tingkatan satu sekolah menengah di daerah Hilir Perak di sini mengaku sering melayari laman sesawang lucah (pornografi) di Internet.

Pengakuan itu dibuat selepas kajian dan temu bual dijalankan terhadap pelajar sekolah menengah di daerah itu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hilir Perak, di sini. Penolong Pegawai AADK Daerah Hilir Perak Rosmawati Mokhyiddin berkata, keadaan itu membimbangkan jika tiada kawalan daripada pihak berkaitan termasuk pemantauan ibu bapa.

“Pengakuan jujur itu diperoleh daripada pertemuan 40 pelajar berisiko tinggi dengan pegawai AADK.

“Terdapat juga pelajar menyimpan bahan dadah dalam beg sekolah tanpa disedari ibu bapa. Lebih menyedihkan ada ibu bapa terutama warga emas tidak kenal bahan dadah dan mudah percaya apabila anak mereka mendakwa bahan itu sebagai peralatan pembelajaran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2017 @ 8:52 AM