IDRIS (lima dari kanan) bersama bekas pelajar politeknik yang mengikuti pengajian di Universiti Antarabangsa INTI.
IDRIS (lima dari kanan) bersama bekas pelajar politeknik yang mengikuti pengajian di Universiti Antarabangsa INTI.

Nilai: Kementerian Pendidikan Tinggi membentuk kerjasama dengan Universiti Antarabangsa INTI dan Gamuda Berhad bagi membolehkan graduan politeknik mengikuti pengajian peringkat ijazah di universiti swasta itu.

Sembilan bekas penuntut Politeknik Ungku Omar di Perak, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor menjadi perintis program kerjasama terbabit.

Mereka yang mempunyai diploma berpeluang mengikuti pengajian peringkat ijazah di universiti swasta berkenaan selama tiga tahun dalam bidang kejuruteraan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kerjasama itu julung kali membabitkan sektor industri.

“Gamuda Berhad akan memberi biasiswa kepada pelajar terbabit dan menjanjikan pekerjaan di syarikat itu apabila mereka menamatkan pengajian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2017 @ 5:36 AM