SITI Zabrina dibawa ke mahkamah, semalam.
SITI Zabrina dibawa ke mahkamah, semalam.

Port Dickson: Mahkamah Majistret di sini, semalam menetapkan 20 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang operator pengeluaran yang menghadapi tuduhan membunuh anak tirinya bulan lalu.

Majistret M Mageshwary membuat keputusan itu terhadap Siti Zabrina Adin, 39, bagi menunggu laporan kimia dan bedah siasat dilakukan terhadap mayat mangsa.

Pada 20 Ogos lalu, tertuduh dihadapkan ke mahkamah sama atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada wanita itu yang didakwa dengan niat membunuh Nur Damia Amani Mohd Azam.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Lorong Makmur 6, Taman Lukut Makmur, Lukut, antara jam 3.30 hingga jam 5.15 petang, 7 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 5:01 AM