RAFIUDDIN bersama isteri di majlis persandingan di Dewan Sungai Dua.
RAFIUDDIN bersama isteri di majlis persandingan di Dewan Sungai Dua.

Georgetown: Kapten pasukan Bola Sepak Liga Perdana Pulau Pinang, Muhammad Rafiuddin Roddin, 26, menamatkan zaman bujangnya bersama pasangannya, Rohaya Ismail, 24, yang dikenali melalui laman sosial sejak lima tahun lalu di Masjid Alma, Bukit Mertajam, Seberang Prai Tengah (SPT) di sini, semalam.

Dengan sekali lafaz, kedua mempelai akhirnya disatukan dalam majlis akad nikah yang diadakan selepas solat Zuhur dengan mas kahwin RM2,000 dan hantaran RM10,000 serta sebentuk cincin dan gelang.

Pengantin lelaki menghadiahkan lima dulang hantaran dan pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran.

Muhammad Rafiuddin atau lebih dikenali sebagai Along berkata, dia bersyukur kepada Allah SWT kerana menemukan jodoh dengan gadis pilihan hati kerana sifat semula jadi yang ada pada diri isterinya yang mesra dengan panggilan Yaya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 5:15 AM