Nur Jazlan pada  majlis sambutan Aidilfitri Kelab Media Putrajaya di Presint 15, Putrajaya.
Nur Jazlan pada majlis sambutan Aidilfitri Kelab Media Putrajaya di Presint 15, Putrajaya.

Putrajaya: Lebih 400 tetamu hadir pada majlis sambutan Aidilfitri Kelab Media Putrajaya 2015 yang diadakan di Presint 15, di sini, semalam.

Antara tetamu yang hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings (PjH) Datuk Azlan Abdul Karim, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mokhles dan Rozilan Salleh dan Setiausaha Sulit Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Rahimi Rejab.

Majlis diserikan dengan kehadiran pegawai Unit Komunikasi Korporat kementerian serta agensi dan jabatan, pegawai perhubungan awam, pegawai pejabat menteri dan agensi.

Pengerusi Kelab Media Norliza Abdul Rahman berkata, majlis itu bertujuan merapatkan hubungan antara wakil media yang bertugas di Putrajaya dan pegawai kementerian serta agensi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2015 @ 10:14 AM