Saudis and foreign residents circumambulate (Tawaf) the Kaaba in the Grand Mosque complex in the holy city of Mecca, on October 4, 2020, as authorities partially resume the year-round Umrah for a limited number of pilgrims amid extensive health precautions after a seven-month coronavirus hiatus. (Photo by BANDAR AL-DANDANI / AFP)
Saudis and foreign residents circumambulate (Tawaf) the Kaaba in the Grand Mosque complex in the holy city of Mecca, on October 4, 2020, as authorities partially resume the year-round Umrah for a limited number of pilgrims amid extensive health precautions after a seven-month coronavirus hiatus. (Photo by BANDAR AL-DANDANI / AFP)
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu makluman rasmi berkaitan urusan haji untuk tahun 1443H/2022M daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

Berikutan itu, Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kesemua Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan hari ini tidak dibenarkan lagi mengeluarkan sebarang iklan pakej haji sehingga kebenaran rasmi dikeluarkan oleh TH.

Beliau berkata, bakal jemaah yang berhasrat untuk menunaikan haji melalui PJH diminta untuk tidak menyerahkan sebarang wang deposit kepada syarikat selagi mana belum mendapat surat tawaran tunai haji.

"Sama seperti tahun sebelumnya, TH ingin mengingatkan kepada mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan daripada TH adalah menjadi satu kesalahan.

"Mereka yang melakukannya boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535)," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Syed Saleh menyempurnakan majlis penyerahan lesen PJH di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Syed Saleh, orang ramai turut diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah waspada kerana TH tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen dalam hal berkaitan tawaran (haji) dan pakej haji.

Katanya, semua wakil PJH yang hadir pada majlis sebelum ini sudah diberikan taklimat berkaitan terma dan syarat perkhidmatan pakej haji musim ini.

"Senarai PJH yang menerima lesen ini boleh disemak di laman web rasmi THiaitu http://www.tabunghaji.gov.my.

"Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC)di talian 03-6207 1919," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2022 @ 12:40 PM