Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Dua negeri, Perak dan Negeri Sembilan masih belum menetapkan sebarang hukum mengenai perbuatan menghisap rokok elektronik atau vapor yang semakin popular dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setakat ini negeri itu belum mengadakan perbincangan untuk menetapkan hukum perbuatan itu walaupun Wilayah Persekutuan, semalam sudah mengeluarkan hukumnya adalah haram.

“Sebelum menetapkan hukum kita kena siasat dulu, kena ada laporan daripada Jabatan Kimia sebab hukum bukannya boleh dibuat berdasarkan sangkaan semata-mata.

“Setakat ini kita belum bincangkan lagi, malah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) juga belum membuat sebarang keputusan mengenai penggunaan vapor,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 8:48 AM