PENGGUNA meredah banjir kilat di Lorong Mak Mandin 5 dan Tingkat Mak Mandin 3, semalam.
PENGGUNA meredah banjir kilat di Lorong Mak Mandin 5 dan Tingkat Mak Mandin 3, semalam.

Butterworth: Hujan lebat dalam tempoh kurang setengah jam menyebabkan laluan ke beberapa pangsapuri sekitar Mak Mandin di sini, ditenggelami air sehingga lebih 0.25 meter, semalam.

Tinjauan Harian Metro di lokasi berkenaan mendapati beberapa laluan ke kawasan flat berkenaan digenangi air hingga menyukarkan penduduk menjalankan aktiviti seharian, sekali gus menimbulkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Seorang peniaga di Kompleks Penjaja Mak Mandin, Md Amin Abdullah, 63, berkata, penduduk setempat sudah lali dengan fenomena banjir kilat yang sering melanda kawasan perumahan itu.

“Kanak-kanak di sini, juga menghadapi kesukaran untuk ke sekolah disebabkan air yang bertakung di jalan yang bukan saja membahayakan keselamatan mereka, malah mengakibatkan penyakit gatal-gatal.

“Saya sudah berniaga di sini 21 tahun dan setiap kali hujan lebat walaupun sekejap, ada saja motosikal penduduk yang rosak dimasuki air.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 8:16 AM