KEADAAN banjir kilat di Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam. FOTO Amir Irsyad Omar

Oleh Shamsul Munir Safini

Bukit Mertajam: Beberapa kawasan di Kampung Tanah Liat, dekat Permatang Pauh di sini dinaiki air setinggi 0.25 meter ekoran hujan lebat lebih sejam petang tadi.

Hujan sejak 4 petang itu menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air malah memasuki beberapa rumah penduduk di situ.

Pihak berkuasa menerima panggilan berkenaan kejadian pada 5.45 petang sebelum melakukan pemantauan di beberapa kawasan termasuk sungai berdekatan.

Difahamkan, air di kawasan berkenaan mula surut sekitar 7 malam tadi dan tiada pusat pemindahan banjir dibuka.

Rata-rata penduduk yang ditemui memberitahu kejadian berkenaan sering berlaku sekiranya hujan lebat dan kejadian banjir kilat saban kali berlaku di kawasan berkenaan sejak 30 tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 8:53 PM