RAMPASAN dilakukan pihak berkuasa terhadap sebuah kedai  di Jalan Petaling.
RAMPASAN dilakukan pihak berkuasa terhadap sebuah kedai di Jalan Petaling.
Oleh Siraj Mohd Zaini


Kuala Lumpur: Sekumpulan samseng dan ‘tonto upahan’ yang digaji peniaga barangan cetak rompak sekitar Jalan Petaling di sini, hanya mampu terpaku sejurus kawasan itu diserbu 100 anggota penguat kuasa.

Dalam operasi bermula jam 12.30 tengah hari semalam, kawasan itu diserbu mengejut anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibantu KPDNKK Selangor, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis, imigresen dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Difahamkan anggota penguatkuasa sebelum ini kerap diganggu kumpulan tonto dan samseng yang menyalurkan maklumat selain melindungi perniagaan haram di kawasan itu.

Dalam serbuan itu, enam premis digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan tiruan jenama antarabangsa seperti Michael Kors, LV, Gucci, Prada, Chanel dan Puma diserbu.

Bagaimanapun pihak berkuasa terpaksa memecah stor perniagaan itu berikutan pemiliknya enggan memberi kerjasama selain takut ditahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2015 @ 9:07 AM