Sabak Bernam: Kefahaman wasatiyyah atau kesederhanaan dalam kalangan 1,600 pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) diperkukuhkan melalui forum bertajuk ‘Pendekatan Wasatiyyah Dalam Mewujudkan Kecemerlangan Ummah’ anjuran bersama PSIS dan Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri di PSIS baru-baru ini.

Dalam forum berkenaan, pelajar didedahkan mengenai kefahaman wasatiyyah oleh dua panel terkenal iaitu Timbalan Institut Wasatiyyah Malaysia Dr Mushaddad Hasbullah dan Prof Dr Sidek Baba.

Pelbagai aspek dibincangkan dalam forum termasuk pengertian sebenar wasatiyyah, kepentingannya dalam menjana kecemerlangan ummah dan langkah memperluaskan kefahaman itu melalui peranan golongan belia serta pelajar institusi pengajian tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 9:44 AM