KIT Siang
KIT Siang
Oleh Hairulazim Mahmud

Kuala Lumpur: “Lim Kit Siang seperti ‘political novice’ (orang baru dalam politik), bukan saya nak perkecilkan tapi saya rasa pelik sebab dia nak tutup malu kempen Selamatkan Malaysia yang tidak dapat sambutan,” tegas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Beliau turut menyindir Penasihat DAP itu kerana gopoh mengkritik PAS termasuk isu hudud.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAS mungkin mengkaji semula kerjasama dengan DAP susulan perbalahan yang sengaja diwujudkan parti itu.

“Idea dia tak dapat sambutan jadi nak tutup malu, gopoh sikit. Kit Siang lebih ‘senior’ daripada saya.

“Kerana itu juga, kajian semula mungkin dibuat tapi tiada kaitan dengan kedudukan kita dalam pakatan pembangkang. Pakatan tak jadi masalah sebab dianggotai tiga parti tapi PAS dan DAP mungkin ada masalah. Saya tak nafikan ada masalah,” katanya pada sidang di Pejabat Agung PAS di sini, semalam.

Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berganding menyerang PAS khususnya Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk berkaitan isu hudud.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 7:59 AM