DATUK Seri Najib Tun Razak. FOTO Asyraf Hamzah
DATUK Seri Najib Tun Razak. FOTO Asyraf Hamzah
Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa Rang Undang-Undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam bukan hukuman hudud.

Perdana Menteri berkata, sebaliknya ia hanyalah pindaan berkaitan tambahan hukuman kesalahan syariah.

"Ia adalah pindaan hukuman di bawah kuasa Mahkamah Syariah, kesalahan syariah di bawah bidang kuasa negeri dan hanya untuk orang Islam," kata beliau.

Beliau bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Beliau mengulas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Pindaan Akta 355; Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) yang dibentangkan oleh Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari terakhir sesi Parlimen kelmarin.

Berikutan itu wujud kekeliruan dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional yang membantah pembentangan berkenaan sehingga ada pemimpin MCA negeri yang isytihar keluar parti.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2016 @ 7:06 PM