Oleh Alias Abd Rani

Kuching: DAP Sarawak mengumumkan keluar pakatan pembangkang berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan itu sebagai bantahan terhadap rakan sekutunya terutama PAS yang tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, keputusan dibuat PAS menyeleweng daripada dasar pakatan pembangkang serta mengekari persetujuan dicapai pada mesyuarat pimpinan sebelum ini.

Katanya, pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda politik dan objektif PAS menyebabkan partinya terutama di Sarawak tidak boleh lagi bekerjasama dengan sekutunya.

"Keputusan ini dibuat selepas mencapai kata sepakat dalam mesyuarat DAP negeri dan kami mempunyai autonomi untuk berbuat demikian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2015 @ 3:25 PM