LIOW Tiong Lai berucap di Perasmian Konvensyen MCA Negeri Terengganu. FOTO Aswadi Alias
LIOW Tiong Lai berucap di Perasmian Konvensyen MCA Negeri Terengganu. FOTO Aswadi Alias
Helmy Abd Rahman


Kuala Terengganu: MCA tidak membantah seandainya undang-undang syariah diperkemaskan.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, bagaimanapun berkata, pada masa sama, parti itu tetap berpendirian menentang pelaksanaan hukum hudud yang didakwanya mengikut acuan PAS.

"MCA tetap dengan pendirian bahawa kami menentang usul persendirian yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai hudud.

"Kami membantah pelaksanaannya kerana ia membelakangkan semangat perlembagaan dan bukan menentang undang-undang syariah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen MCA 2016 di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun; Pengerusi Perhubungan MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw; Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 3:49 PM