ANTARA babak menarik dalam Leha, Leya Lawa.
ANTARA babak menarik dalam Leha, Leya Lawa.
Georgie Joseph


NAMA pelakon baharu, Muaz Zabir tiba-tiba menjadi bualan ramai gara-gara didakwa mempunyai hubungan asmara dengan pelakon, Bella Astillah pada awal April lalu.

Menerusi perkongsian di media sosial terdapat beberapa tangkap layar didakwa perbualan mesra Bella bersama Muaz yang dikatakan sejak Oktober lalu.

Sehingga Bella tampil menjelaskan keadaan sebenar dalam satu sidang media sejurus isu berkenaan tular dan menyifatkan hubungan mereka sudah berakhir tahun lalu.

Pasangan itu juga mengakui pernah bekerjasama dalam sebuah drama pada September lalu.

Bagi peminat yang ingin melihat sendiri gandingan Bella dan Muaz sila strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Bella melakonkan watak utama dalam drama Leha, Leya Lawa yang mula disiarkan mulai semalam.

Drama ini mengisahkan Leha seorang gadis berusia 30an kekal teguh, berdikari dan kuat dalam meneruskan legasi bisnes arwah ibunya iaitu butik pengantin di kampung.

Leha sentiasa menitikberatkan sudut positif dalam setiap ujian yang melandanya, namun mampukah dia menempuh segala badai ujian ketika ingin mengembangkan perniagaannya selain membahagiakan dirinya dan keluarga.

Selain Bella dan Muaz, drama bersiri 15 episod ini turut dibintangi Didi Astillah, Ezaidi Aziz, Hazeeq Dean, Ropie, Amyza Aznan, Fathil Dani dan Carissa Azhar.

Drama terbitan Million Pictures Sdn Bhd yang pertama kali menggandingkan adik-beradik Bella dan Didi ini adalah idea asal pengarah, Azhar Khalid dan Hana Hussain sebagai penerbit.

Pelbagai mesej disampaikan menerusi drama ini, antaranya adalah unsur-unsur kekeluargaan, persahabatan dan percintaan.

Leha mempunyai seorang adik, Leya yang sangat manja dan kuat merajuk. Leha dan Leya sama-sama mengusahakan butik pengantin peninggalan arwah ibunya dan masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri seperti Leha pakar dalam bidang solekan serta reka bentuk manakala Leya pula mempunyai kepakaran dalam bidang masakan dan dekorasi.

Leya bercinta dengan Jangkho (Ezaidi Aziz) seorang anak muda terpengaruh dengan cara pemakaian K-Pop.

Leya dan Jangkho mempunyai persamaan dari segi cita rasa dan minat tetapi hubungan mereka terganggu dengan kehadiran Rahmah (Shaza Bae), bekas kekasih Jangkho.

Kehadiran John (Muaz Zabir) dalam hidup Leha pada mulanya dianggap sebagai satu musibah, namun lama kelamaan mereka mula jatuh cinta.

Kisah cinta mereka terganggu akibat pelbagai konflik yang dihadapi, tambahan mereka juga mempunyai jurang perbezaan umur yang jauh. Saksikan kesudahan kisah ini di Tonton.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2024 @ 6:55 AM