DR Halil (kiri) bersama  Abd Ghafar  menunjukkan  pingat dan sijil diterima.
DR Halil (kiri) bersama Abd Ghafar menunjukkan pingat dan sijil diterima.

Jitra: Bidang pendidikan negara perlu menerapkan pendidikan moral dan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah dalam usaha melahirkan insan yang mempunyai nilai amanah, berintegriti dan bertanggungjawab selaras dengan pembangunan pesat negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana sekolah boleh menjadi medan asuhan akhlak dan sahsiah murid yang sempurna demi melahirkan insan berilmu dan berakhlak mulia.

Menurutnya, keadaan itu dibuktikan apabila guru berperanan penting menyempurnakan akhlak murid serta membentuk insan seimbang dan berperibadi unggul dalam mengejar keghairahan material.

“Soal integriti mungkin dianggap perkara kecil dan soal individu tetapi ketiadaannya (integriti) boleh mengundang malapetaka besar kepada masyarakat dan juga negara.

“Justeru, sudah sampai masanya kita meletakkan pendidikan moral dan akhlak ke arah melahirkan insan yang amanah, berintegriti dan bertanggungjawab sebagai urusan utama pendidikan negara.

“Perkara ini boleh direalisasikan sekiranya guru menerapkan nilai murni seperti sifat amanah, jujur, telus dan budi pekerti mulia dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kesukanan dan kokurikulum,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2015 @ 5:09 AM