ANTARA majun dijual  tanpa kebenaran KKM.
ANTARA majun dijual tanpa kebenaran KKM.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihati berwaspada dan tidak terpedaya dengan penjualan beberapa majun yang didakwa kononnya boleh menyembuhkan penyakit asma dan gout.

Majun dijual pada harga RM1.50 sepaket itu dikesan mudah dibeli orang ramai kerana dijual di kedai runcit selain premis menjual ubat tradisional.

Jurucakap bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, majun yang dijual tanpa mendapat kebenaran KKM itu dikesan mula memasuki pasaran sejak sebulan lalu.

Menurutnya, peniaga dan pengimport produk haram itu menggunakan kaedah pengiklanan agresif dengan mendakwa ia mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serius antaranya lemah tenaga batin, sakit sendi dan pinggang, resdung, sakit belakang selain asma dan gout.

“Produk itu diuar-uarkan halal dan mendapat pengiktirafan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Malah unsur agama diselitkan dengan dakwaan ia boleh mengatasi masalah sakit lutut ketika mengambil wuduk dalam tempoh tiga hari,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Februari 2015 @ 8:21 AM