PENGAMBILAN larutan oral Clearogout bantu turunkan paras asid urik.
PENGAMBILAN larutan oral Clearogout bantu turunkan paras asid urik.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


APABILA anda menghidap gout, pergerakan yang sedikit pun boleh menjadi sangat menyeksakan.

Ibu jari kaki anda akan terasa sangat nyeri sehingga pemakaian sarung kaki pun menyebabkan sakit yang tidak tertahan.Serangan gout berpotensi menjadi serius dan menyakitkan.

Gout ialah jenis keradangan sendi yang paling kerap berlakudisebabkan timbunan asid urik tinggi di dalam badan.

Apabila asid urik terkumpul, ia membentuk kristal di kawasan sendi dan tisu, lalu menyebabkan rasa sakit gout.

Ciri-ciri sakit gout termasuk sakit yang teruk dan mengejut, rasa nyeri, warna kemerah-merahan, rasa panas dan bengkak.

Asid urik ialah sisa perkumuhan yang berpunca daripada pengambilan makanan tinggi purin iaitu sejenis bahan terkandung dalam daging merah, kerang-kerangan dan alkohol.

Oleh sebab itu, gout pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai 'penyakit orang kaya'

Ini kerana gout berpunca daripada pengambilan makanan dan alkohol secara berlebihan yang hanya mampu dinikmati oleh orang berada.

Hakikatnya, gout boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.

Gout menyerang lelaki dan wanita pada pelbagai peringkat umur. Menurut suatu tinjauan yang dibentangkan di Kongres Reumatologi Tahunan Eropah 2019, satu dalam empat penderita gout tidak didiagnosis kecuali selepas mengalami empat atau lebih serangan.

Gout lebih kerap dihidapi lelaki berbanding wanita. Ini kerana estrogen, sejenis hormon wanita menyebabkan asid urik dikumuhkan secara semula jadi melalui air kencing.

Bagaimanapun, apabila wanita ketandusan estrogen selepas menopaus, paras asid urik mereka mula meningkat, sekali gus meningkatkan risiko mereka menghidap gout.

Kenal pasti serangan gout

Serangan gout boleh dialami dalam bentuk rasa sakit yang kuat dan sendi yang membengkak atau kejang, terutama pada ibu jari kaki.

Rasa sakit ini juga boleh dirasai di bahagian jari, pergelangan tangan, siku, lutut dan buku lali. Simptom lain termasuk anggota yang terjejas menjadi radang, kemerah-merahan, terlebih sensitif dan terasa nyeri.

Serangan secara tiba-tiba dan kuat (kemarakan simptom) paling teruk dalam tempoh empat hingga 12 jam pertama selepas permulaan simptom.

Serangan gout boleh berlaku pada bila-bila masa, namun ia paling kerap menyerang tanpa amaran pada waktu tengah malam.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, serangan yang menyakitkan boleh berulang atau menjadi semakin parah.

Ia juga boleh menyebabkan kerosakan sendi yang membawa kepada masalah pergerakan.

Apabila gout menyerang, pesakit terpaksa mengambil cuti sakit dan terlantar di rumah.

Oleh sebab pesakit tidak dapat bergerak secara bebas dengan sendirinya, hal ini menjadikan aktiviti harian sukar dan janggal, contohnya mandi dan pergi ke tandas.

Harapan baharu untuk penderita gout perubahan gaya hidup dan pemakanan adalah penting untuk penderita gout.

Tangani gout dengan minum lebih banyak air, mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi pu

rin dan mengekalkan berat badan yang sihat.

Dapatkan nasihat pakar untuk pengesahan diagnosis sekiranya simptom berterusan.

Berita baik, penderita gout kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada serangan gout yang menyeksakan dengan mengambil larutan oral Clearogout untuk menurunkan paras asid urik dan

mencegah sakit gout.

Hentikan rasa sakit gout Clearogout ialah sejenis peneutral asid yang memecahkan kristal asid urik yang terkumpul di dalam sendi.

Ia mengurangkan dan mencegah pengumpulan kristal asid urik, sekali gus meredakan simptom-simptom gout yang menyakitkan.

Dibungkus dalam peket yang menyenangkan pengguna, Clearogout boleh diambil di mana jua.

Tidak seperti jenama lain, ia sesuai dan selamat untuk semua kerana tidak mengandungi sebarang gula atau pemanis tiruan (contoh: sakarin, aspartame dan sebagainya).

Golongan yang akan menerima manfaat daripada Clearogout termasuk penderita gout, individu dengan paras asid urik tinggi dan mereka kerap mengambil makanan tinggi purin.

Clearogout boleh didapati di farmasi utama di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Live-well INFOline 03-6142 6570 (Isnin  hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang) atau layari www.livewell2u.com.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2020 @ 6:30 AM