Pangkalan Bun: Jeritan histeria beberapa wanita yang melihat proses pemindahan mayat penumpang pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia di perkarangan Hospital Sultan Imanuddin tengah hari semalam, mengejut ramai kakitangan hospital.

Mereka menjerit berikutan beg berisi mayat mansga terjatuh ketika proses pemindahan mengalihkan daripada van ke pengusung beroda.

Pemantuan di lokasi kejadian mendapati lapan van membawa jenazah tiba di hospital itu pada jam 12 tengah hari waktu Malaysia dari Lapangan Terbang Iskandar yang terletak empat kilometer dari hospital.

Proses pemindahan mayat berjalan lancar sehinggalah beg mayat kelapan terjatuh ke tanah mengakibatkan keadaan menjadi cemas seketika.

Kejadian itu menyebabkan orang ramai terutama wanita yang melihat proses pemindahan menjerit “Ya ampun... Aduh kasihan itu, kasihan. Astagfirullahaladzim, aduh.. Aduh cepat dibantu diangkat itu,” kata wanita lain.

Mendengar jeritan itu, petugas yang memindahkan jenazah itu segera mengangkat mayat itu di atas pengusung beroda dan dibawa masuk ke dalam hospital itu.

Bagaimanapun kurang daripada satu jam, kelapan mayat itu dibawa ke Surabaya bersama empat mayat lain menggunakan pesawat Hercules C-130.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 6:39 AM