BAGONG hanya terlantar di katil akibat penyakit diabetes  sejak lapan tahun lalu.
BAGONG hanya terlantar di katil akibat penyakit diabetes sejak lapan tahun lalu.
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: “Sudah lapan tahun ayah menderita diabetes kronik dan pada masa sama, kaki ayah dipotong,” kata Salmah Bagong, 52, anak Bagong Zin, 88, warga emas terlantar yang menerima bantuan sempena program Ziarah Kasih Semerah Sejahtera anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, kelmarin.

Menurut Salmah, sebelum ini bapanya mampu mengurus diri dan bergerak menggunakan papan beroda.

“Kini keadaan ayah berbeza, dia hanya menghabiskan masa di atas katil, selain memerlukan bantuan orang untuk mengurus diri.

“Dulu dia boleh menukar pakaian, mandi dan sebagainya, tapi dalam dua bulan ini dia hanya terlantar,” katanya.

Berikutan itu, Salmah mengendong bapanya ke bilik air untuk mandi kerana tidak mampu membelikannya kerusi roda.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 5:52 AM