Anggota bomba  mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Seorang buruh binaan warga Bangladesh terbunuh manakala seorang lagi diselamatkan selepas ditimpa dinding konkrit sebuah ruang pameran yang runtuh di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, jam 9.15 malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat apabila dinding ruang pameran yang dalam pembinaan itu runtuh dan menimpa mangsa yang bekerja.

Ketika itu, mangsa dikenali sebagai Shamsul berusia 30-an bersama seorang rakan juga berusia 30-an sedang bekerja dalam bilik pameran yang masih dalam pembinaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lebih Pantai Md Suhaimi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.22 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh pantai dikejarkan ke tempat kejadian.

“Seorang mangsa diselamatkan dan hanya cedera ringan termasuk terkena kaca manakala seorang lagi terperangkap di bawah runtuhan dan kami mengambil masa 35 minit mengeluarkan mangsa menggunakan beg udara sebelum mangsa didapati sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Punca kematian mangsa dipercayai akibat runtuhan yang berlaku selain dinding konkrit yang besar dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati seorang lagi pekerja binaan warga Bangladesh berusia 30-an terselamat dan hanya cedera ringan,” katanya di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, mangsa yang terbunuh dan cedera dihantar ke Hospital Pulau pinang untuk dibedah siasat dan menerima rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 7:58 AM