PEMBACA Harian Metro yang menerima hadiah percuma.
PEMBACA Harian Metro yang menerima hadiah percuma.

Kuala Lumpur: Jelajah Geng Rovers Harian Metro (GRHM) ke sekitar Cheras semalam mendapat sambutan cukup menggalakkan dengan kehadiran orang awam yang mengerumuni skuad semata-mata untuk mendapatkan akhbar Harian Metro serta hadiah istimewa.

Biarpun suasana sedikit suram di lokasi pertama iaitu stesen LRT Bandar Tun Razak, skuad meneruskan pencarian lokasi yang lebih ‘havoc’ dan terbukti di Pasar Jalan Jujur berdekatan stesen berkenaan, sebanyak 120 naskhah terjual dalam masa hanya 45 minit.

Lokasi seterusnya di Public Bank Taman Connaught turut meriah dengan pembaca yang menunggu sejak awal pagi untuk mendapatkan hadiah percuma.

Malah di stesen LRT dan Aeon Cheras Batu Tiga, skuad berkesempatan bertemu pembaca setia akhbar nombor satu negara ini, Raymond, 30-an, yang menantikan ketibaan GRHM di situ.

“Saya sentiasa membaca Harian Metro untuk mengetahui lokasi berdekatan yang GRHM kunjungi. Sudah belasan tahun saya mengikuti perkembangan akhbar ini,” katanya.

Jelajah GRHM semalam berakhir di Youth United Festival 2014 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam dan GRHM hadir memeriahkan karnival di booth Gen Y Harian Metro.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya Conteng Gen Y, Panjang Pendek, Belon Berpasangan dan sesi soal jawab selain aktiviti yang menawarkan hadiah seperti topi, kameja T dan sebagainya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:14 AM