Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu dua syarikat di sini, awal bulan ini yang disyaki menjalankan aktiviti perniagaan pengiriman wang tanpa lesen.

Menurut kenyataan BNM, serbuan bersama dengan polis dan CyberSecurity Malaysia itu turut membabitkan premis ejen syarikat dan kediaman pengarah kedua-dua firma berkenaan.

“Aset dan dokumen syarikat berkaitan dirampas dan akaun bank mereka dibekukan untuk tujuan penyiasatan,” kata kenyataan itu.

Serbuan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Syarikat itu disiasat kerana melakukan kegiatan pengubahan wang yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 6:02 AM