FERET boleh merias diri sendiri.
FERET boleh merias diri sendiri.
Nurul Husna Mahmud


FERET adalah spesies daripada keluarga musang yang dijinakkan dan kini menjadi antara haiwan peliharaan.

Haiwan ini mempunyai kebijaksanaan tersendiri apabila boleh dilatih untuk berburu haiwan perosak seperti tikus dan arnab kecil.

Nilai pasaran feret juga mahal kerana perlu diimport. Bagi pemilik pertama kali memelihara feret perlu ketahui tabiat dan keperluan dalam memastikan haiwan mendapat penjagaan baik.

Meskipun penjagaan feret tidak rumit, tetapi ia memerlukan perhatian seperti haiwan peliharaan lain.

Justeru beberapa tip perlu diketahui pemilik haiwan itu dalam memastikan feret dijaga dengan baik:

MEMANDIKAN feret terlalu kerap boleh mengundang masalah kulit dan bulu.
MEMANDIKAN feret terlalu kerap boleh mengundang masalah kulit dan bulu.

1. Teknik memandikan feret dengan betul

Feret adalah haiwan yang hidup di persekitaran semula jadi. Feret tidak perlu mandi banyak kali walaupun dipelihara.

Paling banyak adalah satu atau dua kali sebulan kerana haiwan ini menghasilkan minyak secara semula jadi untuk melindungi kulit dan bulu.

Memandikan bagi tujuan menyingkirkan sepenuhnya bau adalah tidak wajar kerana berisiko mengundang masalah kulit dan bulu spesies musang terbabit.

Feret mampu membersihkan bulu sendiri dan jika anda mahu merapi bulu atau memandikan feret sebaiknya gunakan syampu mesra haiwan.

FERET memburu haiwan seperti tikus, arnab dan binatang kecil sebagai sumber makanan.
FERET memburu haiwan seperti tikus, arnab dan binatang kecil sebagai sumber makanan.

2. Diet yang terbaik untuk feret

Diet yang baik untuk feret ialah kaya protein dan tinggi kandungan lemak kerana ia tergolong dalam kumpulan karnivor.

Pilihan terbaik ialah ayam atau daging dengan protein baik. Jika produk makanan diproses sebaiknya menggunakan formula tinggi protein.

Kandungan makanan diproses dicampur dengan serat atau karbohidrat boleh menyebabkan komplikasi.

Antara masalah biasa dialami jika mengamalkan diet salah ialah batu karang, penyakit dan terbantut.

Pilihan lain adalah tikus atau arnab kerana secara semula jadi di habitatnya haiwan terbabit memburu arnab serta tikus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2023 @ 6:30 AM