SPESIES ini sangat aktif pada sebelah siang.
SPESIES ini sangat aktif pada sebelah siang.
INTAN Sofea akan tersandar di pangkuan tuannya sebaik menerima ciuman serta usapan mesra.
INTAN Sofea akan tersandar di pangkuan tuannya sebaik menerima ciuman serta usapan mesra.
Noor Nabilah Ibrahim


"HAK membela dan minat itu hak masing-masing. Bagi orang lain geli, tapi tidak bagi saya," kata gadis ini yang menjadikan biawak sebagai haiwan peliharaan kesayangannya.

Berasal dari Kulim, Kedah Nur Aqilah Suhadaa Doumin, 24, sudah melatih biawak air atau nama saintifiknya Varanus salvator peliharaannya itu sejak ia berusia tiga bulan pada tahun lalu.

"Biawak asalnya memang buas, kena kaji dan selidik dulu cara penjagaan serta pemakanan supaya kita tidak tersilap langkah.

"Sekiranya kita dapat jaga dengan elok dan rapi, haiwan liar seperti biawak pun mampu bertukar menjadi jinak," katanya yang mengakui mempunyai lesen khas membela haiwan itu.

Baru-baru ini, video Nur Aqilah mencium biawaknya yang dinamakan Intan Sofea itu memperoleh sebanyak 1.8 juta penonton di TikTok.

Menurutnya, dia mula berminat untuk membela Intan Sofea selepas melihat kelakuan biawak itu di rumah sepupunya.

"Intan Sofea sangat manja, apabila saya usap dan cium ia duduk diam serta bersandar di pangkuan saya.

"Kali pertama jumpa di rumah sepupu, saya dah tertarik sebab nampak ia jinak sangat.

NUR Aqilah mula berminat untuk membela Intan Sofea selepas melihat kelakuan haiwan ini di rumah sepupunya.
NUR Aqilah mula berminat untuk membela Intan Sofea selepas melihat kelakuan haiwan ini di rumah sepupunya.

"Dari situ saya mula belajar dengan sepupu bagaimana untuk membela dan melatih biawak sebagai haiwan peliharaan," katanya.

Jelasnya, dia tidak menyangka haiwan yang dianggap sebagai hidupan liar ini sebenarnya amat menarik dan tidak sukar untuk dibela.

"Kalau nak angkat biawak, kena pastikan kaki depan dan belakangnya ada tempat untuk berpaut.

"Saya juga akan pastikan kuku tajamnya dipotong kerana ia akan cengkam kulit untuk panjat badan kita," katanya.

BIAWAK air atau nama saintifiknya Varanus salvatorIa antara spesies cicak terbesar di dunia.
BIAWAK air atau nama saintifiknya Varanus salvatorIa antara spesies cicak terbesar di dunia.

Berkongsi pemakanan biawak berkenaan kata Nur Aqilah, ketika biawak itu masih bayi, ia diberi makan cengkerik selang hari. Apabila semakin membesar, isi ayam pula menjadi makanan haiwan itu dengan kadar dua hari sekali.

Selain daripada biawak, Nur Aqilah turut membela leopard gecko, ular corn snake, katak bullfrog, dua ekor ular ball python dan lapan ekor katak pacman.

Ditanya bagaimana membela biawak jinak dan haiwan liar lain dalam satu rumah akui Nur Aqilah, dia perlu peka dan berwaspada dalam penjagaan serta kesejahteraan mereka.

Katanya, biawak akan mengembangkan lehernya dan menaikkan badan supaya kelihatan lebih besar apabila berasa terancam.

APABILA semakin membesar, isi ayam pula menjadi makanan haiwan itu dengan kadar dua hari sekali.
APABILA semakin membesar, isi ayam pula menjadi makanan haiwan itu dengan kadar dua hari sekali.

"Kalau saya pegang ular tidak cuci tangan, Intan Sofea boleh bau ular itu dan menganggapnya sebagai satu ancaman.

"Jadi sebelum pegang, saya perlu cuci tangan dengan bersih untuk pastikan tiada bau haiwan lain melekat di badan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2023 @ 6:40 AM